Wednesday, August 26, 2009

Suatu kelahiran..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada hari ini lahirlah lagi satu blog.. Sama tarikh kelahiran anak lelaki kawan sekelas saya Elina.. Seperti kelahiran bayi yang telah di'push' oleh mak bidan... Kelahiran blog ini, hasil 'push' oleh kawan saya Soffie (http://kelisasamudera.blogspot.com)... Sebelum ni kawan-kawan saya Hadi (http://seorangbukansasterawan.blogspot.com/) dan Pakket (http://cubiclemind.blogspot.com/) telah mencanangkan supaya melahirkan sebuah blog (diorang ni macam nurse yang buat scanning baby dalam rahim ibu la..)... Sebelum ni juga saya tertarik kepada tulisan kawan ofis saya dulu, Hazri (http://one6three.blogspot.com) yang banyak menulis dengan menarik...

Saya bukan penulis secara lahir (born to be a writer), walaupun saya suka membaca suku pertama buku-buku (sebab tak pernah habis yg lagi 3 suku, sebab kalau habis, nanti orang kata,"habis 3 suku budak ni"), kerana saya tidak mampu menulis dengan cantik... Flow of thought juga kekadang tersekat tapi tidak memerlukan julap... Dulu Cikgu BM saya, Puan Pon pun tak pernah bagi markah yang tinggi untuk karangan saya (and I knew that I deserved what she gave)... Tapi bak kata Hadi, blog dapat jadikan kawan2 seperti rapat kembali walaupun seorang di Kodian, di Kuala Kangsar, Kuala Lumpur dan Ganu (di Ganu, ada Mesra Mall, saya teringin nak gi sana nanti...)...

Seperti kelahiran lain, surat beranak diperlukan, saya juga telah mendaftar kelahiran ini di web blogspot...

Oleh yang demikian, saya harap sebagai blog yang baru lahir ini, saya akan sentiasa mendapat panduan daripada blog2 Hazri yang dah berjalan, Hadi dan Pakket yang dah pandai bercakap, dan Sopi yang dah pandai meniarap...

Cokoi

12 comments:

  1. tahniah koi. menyahut cabaran kami. jom la kita bergandingan tangan. (tapi jgn pegang tangan aku, nanti diorang cakap kita gay)

    ReplyDelete
  2. seiring dan sejalan, seindah bunga di taman...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Mula: aku kagum dgn address blogmu,nampak sedikit keganasan kerana menggunakan ayat "skull". Mengikis ciri ke"ustaz"an di dirimu.Ala-ala kanibalisme pun ada juga.
    Kemudian:Aku rasakan ada lawak dlm tulisanmu,sama lawaknya waktu kau katakan perabot kau disimpan di kedai perabot terbesar di Malaysia itu.
    Lagi:Ayat kita yang skema ini kalau dibaca orang yang kenal kita aku jadi lucu tak?
    Akhir: Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah2...

    p/s: awat aku nak post comment as anon xblh... Ish2 ni yg maleh nak komen apa2 ni... Not friendly user btlah...
    -Artakuz-

    ReplyDelete
  5. Saya teringat kawan saya pernah memberitahu perkara yang sama, dia tidak berasa berjauhan dari saya hanya kerana dia membaca blog saya yang selalu saya kemaskini.

    Selamat menulis!

    ReplyDelete
  6. Insya Allah... Semoga blog ini menjadi wadah (dalam bahasa banjar, wadah bermaksud bekas untuk isi barang, tapi dalam BM tak pasti lak maknanya) untuk kita saling ingat-mengingati dan peringat-memperingati

    ReplyDelete
  7. selamat datang menyertai kami..
    P/s:kami ni mcm MLM..nanti kamu kena cari downline kamu..baru nanti keuntungan kamu bertambah..

    ReplyDelete
  8. kalau MLM takpe, kalau skim cepat kaya, nanti bolehla kita jumpa dan makan sama2 di kantin Mahkamah (accused makan ngan pegawai pendakwa)

    ReplyDelete
  9. aku rasa kalo insan2 yang mengenal kita tgk kita tulis dalam bahasa skema, aku percaya mereka akan gelak terkangkang-kangkang.

    ReplyDelete
  10. saya juga rasa begitu.. mungkin kerana umur kita meningkat, bahasa kita menjadi bahasa yang sedap di telinga insan biasa.. hehehehe

    ReplyDelete
  11. Cheh... dulu aku bgtau aku ada blog, bukan main lagi kutuk aku bersama-sama abang fahmi yang funny... siap panggil aku blogger yang bugger tu... hahahaha!
    apa-apa pun, aku bangga la ada geng blogger ni... terhawu aku dalam post pertama ko ada nama aku... hahaha!
    p/s: hang kutuk mesra mall aaahhh... nanti ko jejak je tanah terengganu, aku suruh penyu2 pegi belasah ko... hahaha!

    ReplyDelete
  12. warkhahahaha... hazri... takpe2, aku tak lalu rantau abang... aku terus sampai KT nanti hahahaha

    ReplyDelete