Friday, October 30, 2009

Those good old days....


Earlier today I received notification emails from Facebook taht my name was tagged in my friend's photo. I clicked on the link to see what photos are those. When a new window was opened, I saw familiar faces, whom I'd met and befriended and departed 3 or 4 or 5 years ago....


They were photos captured during ibadah camp....


I browsed through each and every faces... Suddenly, the memory appears before my eyes... I continued flipping pages by pages of the images... I even remembered that my team won the treasure hunt with En. Abhay (Abai)...


Suddenly, the memories faded and my eyes blurred... I almost dripped a precious drop of tears... I realised that yesterdays will never be tomorrows... Life must still go on, but in my heart, the friendship will never fade...


I remember a quote from an Arab poet:


Sa atlubu ba'da ad-daari 'ankum li tuqarribuuni, wa taskibu 'ainaiyaddamuu'i litajammada...


(I will go far away from you for you to come closer, and let the tears drop so that it will freeze...)


[picture: courtesy of www.kukubesi.com]

Sunday, October 18, 2009

Menoleh ke belakang: Terima kasih Encik... Alhamdulillah..

May 1997 - Sudah 3 malam aku bermalam di Hospital Taiping menjaga abah (semoga Allah merahmati ruhnya - meninggal dunia 27/7/1997). Hari ni aku harus pulang ke rumah abangku di Parit Buntar kerana perlu membasuh baju dan perlu menyiapkan folio kemahiran hidup yang perlu dihantar sekembaliku ke sekolah dari cuti semester ini. Mak aku juga berada di Parit Buntar kerana mengalami sakit perut.

Selepas bersalam dengan abah, aku turun dari wad menaiki lif. Dalam kocek ada RM3.00 pemberian abah. "Buat tambang," katanya. Tak sampai hati nak terima duit daripada abah, tapi apakan daya, bukan dekat Taiping ke Parit Buntar. Tambang bas ke Parit Buntar hanyalah RM2.30. Kalaulah aku tahu tambang ni sebelum aku naik bas, dah tentu kisah ni kurang diingati.

Dalam berjalan menuju ke stesen bas merah, aku nampak kedai alat tulis. Terfikir," alamak, pen nak buat folio takdak lagi ni". Terus aku singgah kedai tu dan beli alat tulis. Harga RM1.40(pen faber castell, sedap mata dia, smooth je). Selepas bayar dan lafaz akad "saya beli" diucapkan, aku terus keluar kedai.

Tiba2, "alamak"... Peluh mula membasahi dahi. Baru aku terfikir, duitku tinggal RM1.60. Aku pun teringat, kalau RM1.60 ni, busuk2 pun, mungkin aku boleh sampai Bagan Serai je (lagi 11km sebelum Parit Buntar). Aku pun masuk ke kedai tu balik, aku jumpa tokey,"bos, mintak maaf, kalau saya tak jadi beli pen ni boleh tak? saya perlu duit tambang nak balik rumah." Tokey kedai pun menjawab dengan muka yang empathy," ya ka? ini pen, talak boleh pulang balik, itu harga sulah masuk itu mesin komputer maa..". Aku pun terus keluar mencari akal.

Tanpa buang masa, aku naiklah bas dengan muka yang cuak. Bas pun berjalan. Conductor bas datang ke arah seorang demi seorang penumpang yang ada dan meminta duit tambang serta memberi tiket.

Aku duduk belakang sekali kerana tidak mahu apa yang bakal aku cakapkan kepada conductor didengari orang lain. Conductor menuju ke arahku. Dengan nada gementar, aku tanya," abang, kalau pi Parit Buntaq, berapa?". Dia jawab "RM2.30". Aku pun tanya lagi, "kalau RM1.60 boleh sampai mana?". Jawabnya lagi," Masjid Tinggi". Alamak, lagi jauh dari yang aku sangkakan. Masjid Tinggi berada 5km sebelum Bagan Serai, maknanya 16km lagi nak sampai ke Parit Buntar.

Aku pun cakap lagi,"saya nak pi Masjid Tinggi". RM1.60 pun dibayar, dan tiket pun diserahkan. Aku masih belum mati akal, aku terus berdoa semoga ditemui jalan keluar masalah ini.

Jalan dari Taiping ke Parit Buntar akan melalui Changkat Larah. Di simpang Changkat Larah, bas akan membelok ke kiri kerana jalan terus akan menghala ke Batu Kurau dan Selama.

Jalan kiri simpang Changkat Larah berbelok2.. Dulu masa kecik2, aku selalu muntah ketika melalui jalan ni, selalunya semasa abah membawa seluruh keluarga berkelah di Taman Tasik Taiping (bestnye kecik2 dulu).

Bas dipandu laju, badan ku dihayun ke kiri dan kanan, tapi kepalaku masih memikirkan adakah aku sanggup menapak 16km????? Tiba2 bas berhenti di Batu 10, Kg. Selamat. Seorang pakcik 40an naik dan terus ke bahagian belakang, duduk di sebelahku. Conductor tiket datang, pakcik tu berkata,"saya nak pi Sg. Bogak". Duit dibayar dan tiket diberi.

Aku gugup, perlukah aku ceritakan masalahku? Perlukah aku berdiam? Aku pun berkata dalam hati, mungkin pakcik ni boleh tolong. "Pakcik, nak mintak tolong boleh? Saya nak ke Parit Buntaq tapi tambang saya cukup sampai Masjid Tinggi ja... Nak mintak dalam RM1 boleh dak pakcik?"... Pakcik tu pun keluarkan duit RM1.00 dan berikan kepadaku... Alhamdulillah...

Sesampai di Masjid Tinggi, aku pun pergi ke arah conductor bas dan membayar lagi RM1.00 untuk menyambung perjalanan ke Parit Buntar. Kemudian aku diberikan baki 10 sen.

Pakcik itu kemudian turun di Sg. Bogak dan aku teruskan perjalanan ke Parit Buntar. Syiling 10 sen telah aku gunakan untuk menelefon abangku untuk menjemputku dari stesen bas Parit Buntar. Syukur kepada ALLAH tidak terhingga aku ucapkan kerana menghantar pakcik itu untuk menolongku yang dalam kesusahan.

~ cerita ini tidak aku ceritakan kepada sesiapa sehingga Raya Kedua baru2 ni kepada mak dan isteriku semasa perjalanan ke kampung makku di Tanjung Piandang. Memang sepatutnya tidak ku ceritakan sebelum ni, kerana sesudah 12 tahun peristiwa ni berlaku, aku masih sebak dan menitis airmata ketika ceritakan cerita ni kepada mak dan isteriku. Alfatihah kepada arwah abahku dan pakcik itu (sama ada beliau masih hidup atau telah meniggal dunia)~

Menoleh ke belakang: Pengenalan

Assalamualaikum,

Siri "Menoleh ke belakang" adalah sebahagian serpihan kecil kisah hidupku yang sukar ku lupakan.

Di dalam siri ini, aku tidak dapat menjanjikan post dikeluarkan mengikut jadual. Kerana setiap penulisan aku perlukan penghayatan (walaupun tulisan mungkin akan simple, tapi masa menulis yang simple itu akan tetap ku hayati)...

Kisah ini adalah kisah benar, biasa sahaja bagi orang, tetapi amat bermakna bagi diriku...