Wednesday, August 26, 2009

Drama dalam Mahkamah

Peguam : Tuan, saya tidak bersedia hari ini kerana tidak faham pertuduhan yang dikenakan terhadap ana guam saya.

Hakim : Doh tok pahang tu, bakpo kamung jadi lawyer dio?

Peguam : Tuan, saya memohon untuk berpostpone kes ini, jika tidak saya akan... akan... (berbisik kepada co-counselnya,"what is obstruction in Malay?". Kawannya berbisik, "menghalang". Degil, dia berkata balik "is it not menghina?". Kawan kata, "menghina is contempt")... jika tidak, saya akan menghina dan menghalang anak guam saya daripada keadilan.

Hakim : (muka nak tergelak)

Nota: Teringat kisah peguam (tak pasti betul atau tak) yang nak kata "I put it to you that you are lying" kepada BM dengan menyebut "Saya letak itu pada kamu dan kamu berbaring". Tapi itu semasa transisi penggunaan BI ke BM di Mahkamah (dalam tahun 80-an). Tapi ni dah 2009, takkan la tak reti cakap Bahasa RASMI lagi...

6 comments:

  1. ni la masalahnya dengan penggunaan PPSMI. tak tau mana satu bahasa yang betul. pakai bahasa urdu lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. warkhahahaha.. tau takpa... memang aa! (bak kata mon)

    ReplyDelete
  3. yang aku pelik tu hakim tu..hakim tu org kelantan ke org ganu tu..pelik je bahasa die..jgn kata tu bhs bukit merah huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Warkhahahaha!!!
    Mesti interpreter dia pun cakap:
    "hoh doh guane mu dok study dulu kertah charh tu... tuan hakim maroh doh tu... kekgi dia ngamuk la tu..."

    ReplyDelete