Assalamualaikum...
Alhamdulillah, pada hari ini lahirlah lagi satu blog.. Sama tarikh kelahiran anak lelaki kawan sekelas saya Elina.. Seperti kelahiran bayi yang telah di'push' oleh mak bidan... Kelahiran blog ini, hasil 'push' oleh kawan saya Soffie (
http://kelisasamudera.blogspot.com)... Sebelum ni kawan-kawan saya Hadi (
http://seorangbukansasterawan.blogspot.com/) dan Pakket (
http://cubiclemind.blogspot.com/) telah mencanangkan supaya melahirkan sebuah blog (diorang ni macam nurse yang buat scanning baby dalam rahim ibu la..)... Sebelum ni juga saya tertarik kepada tulisan kawan ofis saya dulu, Hazri (
http://one6three.blogspot.com) yang banyak menulis dengan menarik...
Saya bukan penulis secara lahir
(born to be a writer)
, walaupun saya suka membaca suku pertama buku-buku (sebab tak pernah habis yg lagi 3 suku, sebab kalau habis, nanti orang kata,"habis 3 suku budak ni"), kerana saya tidak mampu menulis dengan cantik...
Flow of thought juga kekadang tersekat tapi tidak memerlukan julap... Dulu Cikgu BM saya, Puan Pon pun tak pernah bagi markah yang tinggi untuk karangan saya (
and I knew that I deserved what she gave)... Tapi bak kata Hadi, blog dapat jadikan kawan2 seperti rapat kembali walaupun seorang di Kodian, di Kuala Kangsar, Kuala Lumpur dan Ganu (di Ganu, ada Mesra Mall, saya teringin nak gi sana nanti...)...
Seperti kelahiran lain, surat beranak diperlukan, saya juga telah mendaftar kelahiran ini di web blogspot...
Oleh yang demikian, saya harap sebagai blog yang baru lahir ini, saya akan sentiasa mendapat panduan daripada blog2 Hazri yang dah berjalan, Hadi dan Pakket yang dah pandai bercakap, dan Sopi yang dah pandai meniarap...
Cokoi