Sunday, October 18, 2009

Menoleh ke belakang: Terima kasih Encik... Alhamdulillah..

May 1997 - Sudah 3 malam aku bermalam di Hospital Taiping menjaga abah (semoga Allah merahmati ruhnya - meninggal dunia 27/7/1997). Hari ni aku harus pulang ke rumah abangku di Parit Buntar kerana perlu membasuh baju dan perlu menyiapkan folio kemahiran hidup yang perlu dihantar sekembaliku ke sekolah dari cuti semester ini. Mak aku juga berada di Parit Buntar kerana mengalami sakit perut.

Selepas bersalam dengan abah, aku turun dari wad menaiki lif. Dalam kocek ada RM3.00 pemberian abah. "Buat tambang," katanya. Tak sampai hati nak terima duit daripada abah, tapi apakan daya, bukan dekat Taiping ke Parit Buntar. Tambang bas ke Parit Buntar hanyalah RM2.30. Kalaulah aku tahu tambang ni sebelum aku naik bas, dah tentu kisah ni kurang diingati.

Dalam berjalan menuju ke stesen bas merah, aku nampak kedai alat tulis. Terfikir," alamak, pen nak buat folio takdak lagi ni". Terus aku singgah kedai tu dan beli alat tulis. Harga RM1.40(pen faber castell, sedap mata dia, smooth je). Selepas bayar dan lafaz akad "saya beli" diucapkan, aku terus keluar kedai.

Tiba2, "alamak"... Peluh mula membasahi dahi. Baru aku terfikir, duitku tinggal RM1.60. Aku pun teringat, kalau RM1.60 ni, busuk2 pun, mungkin aku boleh sampai Bagan Serai je (lagi 11km sebelum Parit Buntar). Aku pun masuk ke kedai tu balik, aku jumpa tokey,"bos, mintak maaf, kalau saya tak jadi beli pen ni boleh tak? saya perlu duit tambang nak balik rumah." Tokey kedai pun menjawab dengan muka yang empathy," ya ka? ini pen, talak boleh pulang balik, itu harga sulah masuk itu mesin komputer maa..". Aku pun terus keluar mencari akal.

Tanpa buang masa, aku naiklah bas dengan muka yang cuak. Bas pun berjalan. Conductor bas datang ke arah seorang demi seorang penumpang yang ada dan meminta duit tambang serta memberi tiket.

Aku duduk belakang sekali kerana tidak mahu apa yang bakal aku cakapkan kepada conductor didengari orang lain. Conductor menuju ke arahku. Dengan nada gementar, aku tanya," abang, kalau pi Parit Buntaq, berapa?". Dia jawab "RM2.30". Aku pun tanya lagi, "kalau RM1.60 boleh sampai mana?". Jawabnya lagi," Masjid Tinggi". Alamak, lagi jauh dari yang aku sangkakan. Masjid Tinggi berada 5km sebelum Bagan Serai, maknanya 16km lagi nak sampai ke Parit Buntar.

Aku pun cakap lagi,"saya nak pi Masjid Tinggi". RM1.60 pun dibayar, dan tiket pun diserahkan. Aku masih belum mati akal, aku terus berdoa semoga ditemui jalan keluar masalah ini.

Jalan dari Taiping ke Parit Buntar akan melalui Changkat Larah. Di simpang Changkat Larah, bas akan membelok ke kiri kerana jalan terus akan menghala ke Batu Kurau dan Selama.

Jalan kiri simpang Changkat Larah berbelok2.. Dulu masa kecik2, aku selalu muntah ketika melalui jalan ni, selalunya semasa abah membawa seluruh keluarga berkelah di Taman Tasik Taiping (bestnye kecik2 dulu).

Bas dipandu laju, badan ku dihayun ke kiri dan kanan, tapi kepalaku masih memikirkan adakah aku sanggup menapak 16km????? Tiba2 bas berhenti di Batu 10, Kg. Selamat. Seorang pakcik 40an naik dan terus ke bahagian belakang, duduk di sebelahku. Conductor tiket datang, pakcik tu berkata,"saya nak pi Sg. Bogak". Duit dibayar dan tiket diberi.

Aku gugup, perlukah aku ceritakan masalahku? Perlukah aku berdiam? Aku pun berkata dalam hati, mungkin pakcik ni boleh tolong. "Pakcik, nak mintak tolong boleh? Saya nak ke Parit Buntaq tapi tambang saya cukup sampai Masjid Tinggi ja... Nak mintak dalam RM1 boleh dak pakcik?"... Pakcik tu pun keluarkan duit RM1.00 dan berikan kepadaku... Alhamdulillah...

Sesampai di Masjid Tinggi, aku pun pergi ke arah conductor bas dan membayar lagi RM1.00 untuk menyambung perjalanan ke Parit Buntar. Kemudian aku diberikan baki 10 sen.

Pakcik itu kemudian turun di Sg. Bogak dan aku teruskan perjalanan ke Parit Buntar. Syiling 10 sen telah aku gunakan untuk menelefon abangku untuk menjemputku dari stesen bas Parit Buntar. Syukur kepada ALLAH tidak terhingga aku ucapkan kerana menghantar pakcik itu untuk menolongku yang dalam kesusahan.

~ cerita ini tidak aku ceritakan kepada sesiapa sehingga Raya Kedua baru2 ni kepada mak dan isteriku semasa perjalanan ke kampung makku di Tanjung Piandang. Memang sepatutnya tidak ku ceritakan sebelum ni, kerana sesudah 12 tahun peristiwa ni berlaku, aku masih sebak dan menitis airmata ketika ceritakan cerita ni kepada mak dan isteriku. Alfatihah kepada arwah abahku dan pakcik itu (sama ada beliau masih hidup atau telah meniggal dunia)~

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kalo diceritakan pada anak2 hang nanti tentang peristiwa ni, mesti dia tak dapat bayangkan benda tu jadi pada ayah dia. jangan pula kesenangan hang pada hari ini menutup hati hang dari membantu anak kecil yang lain pulak. sebak sial baca cerita ko.

    ReplyDelete
  3. aku setuju dgn en kelisa ijau tu...tp skrg mesti dah jauh berbeza dgn apa yg ko ada kan kan kan..tengok perutla...

    p/s: apa lagi koi...blehla buat skrip, pastu hantar kat skop productions...meleleh punyala..

    ReplyDelete
  4. sori la kalo skop production nak terima cerita macam ni. tapi kalo diedit sikit time dia mintak duit kat pakcik tu, erra fazira dtg menghulurkan salam perkenalan, pastu koi bercinta ngan erra fazira, pastu erra fazira tolong bayar tambang, pastu ada konflik dalam percintaan diorang, pastu cinta, cinta, cinta lagi, mungkin skop production ambik kut.

    ReplyDelete
  5. org baik yg kita jumpa (aku pun jumpa gak) buat aku terpaksa jd org baik,walaupun sbnarnya aku nak jadi org jahat,sbb lg best.

    ReplyDelete
  6. CM & Kelisa: Skop Production filem dia gambaq kuning2... kalau razak mohaidin best sikit, dia banyak bunyik macam penyu...

    Yang Indah: Hang baik, aku pun bertuah jumpak hang

    ReplyDelete
  7. asmah kata mak hang pun nangis dengar cerita hang...
    aku pun rasa nak nangis..cuma bukan mcm kwn kita 'cerita marhein' nangis masa tengok cerita
    'kabil khusyri kabil igam'..

    ReplyDelete
  8. hat "kabil kushi kabil igam" tu aku takleh terima... gila jambu... hehehe

    ReplyDelete
  9. SBS: bila masa lak aku nangis tgk cerita lawak tu lak??aku mana pernah nangis tgk cerita2 rekaan semata-mata..mana ada..bila masa..pndai2 je ko ni..

    IB: ko tu lagi jambu masa kat sekolah dulu..kat u pun still nak kontrol jambu lagi..sekarang ni je lepas semakin membesar je dah tukar jadi buah pear..hahaha

    ReplyDelete
  10. bukan saja cerita kabil kushri. cerita 'cinta' pun dia tengok menangis.

    ReplyDelete
  11. CM, cerita sembilu kasih ko nangis tak?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. en kelisa & insan biasa..klu bab2 mengata aku ni korg mmg nombor 1...tak terkecuali dgn ked & adi..hampeh btul..

    p/s:skrg ni aku duk follow citer si capik kat tv2 setiap selasa 9.00mlm ,legasi 43 karat kt tv3..tp x sampaila nangis...

    ReplyDelete
  14. bagus la post ko ni... shedih shangat... macam iklan Petronas(iklan raya la bukan iklan Deepavali "My name is Ramasamy Kurupiah" tu... warkhaha!)

    ReplyDelete
  15. one6three: warkhahaha... maksud ko muniandy chinnadorai yg macam muka chelva tu ke bro?

    ReplyDelete
  16. warkhahaha!!! maksud ko; "you gave him wings, macha!"

    ReplyDelete
  17. I'm speechless... this is a heart-wrenching, painfully honest story,

    Dan ku fikir blog ini sudah melepasi tahap meniarap dan merangkak, sekarang dia ingin berlari. Terus menulis, Insan Biasa.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Nafastari... Saya akan terus menulis selagi blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan saya sendiri...

    ReplyDelete